Allah Taala berfirman:
“Dan Kami pecah-pecahkan mereka (kaum Yahudi itu) puak-puak yang
bertaburan di merata-rata) dunia ini. Di antara mereka ada yang soleh dan ada
juga yang tidak demikian. Dan Kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang
baik-baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka mewarisi Kitab (Taurat).
Mereka mengambil kebendaan yang hina di dunia ini sambil berkata; “Akan
diampunkan kelak dosa kami”. Padahal jika datang kepada mereka kebendaan yang
hina seperti itu mereka akan mengambilnya lagi. Bukankan telah diambil
perjanjian setia daripada mereka di dalam Kitab Taurat bahawa mereka tidak akan
memperkatakan terhadap Allah melainkan yang benar? Dan mereka pula telah
mempelajari apa yang terkandung di dalamnya. Dan juga (mereka mengetahui
bahawa) negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah
kamu mahu mengerti? (Surah Al-A’raaf: 169)
No comments:
Post a Comment