Allah SWT atas
sifat-sifatnya yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani telah menurunkan Al-Kitab
(Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran) kepada umat-umat terdahulu hinggalah kepada
umat terakhir iaitu umat Muhammad saw. Rasul-rasulNya
yang terpilih telah menerima wahyu bagi menjalankan amanah mengajarkan dan
mengembangkan agama Allah ini mengikut perintah-perintahNya. Kitab suci Al-Quran ialah kitab suci terakhir
yang diturunkan untuk umat manusia yang diwahyukan kepada Rasul PesuruhNya
Muhammad saw. Tiada lagi apa-apa kitab dan sebarang Rasul selepas ini.
Di dalam Al-Quran Nul Karim
itu terdapat banyak ayat-ayat yang ditujukan khusus kepada manusia dengan
seruan Allah (Wahai sekalian manusia!) Dalam siri ini saya akan cuba memaparkan
ayat-ayat sedemikian dengan harapan ia dapat menjadi bahan renungan kita semua
(sebagai makhluk ciptaan Allah yang bernama manusia) dengan pancaran minda hati
budi yang sebenar-benarnya di bawah petunjukNya jua.
Allah Taala berfirman dengan maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad):
“Wahai sekelian manusia! Telah datang kepadamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan
kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadanya), maka
faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang
sesat (mengingkarinya), maka bahawa kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri; dan aku
pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu”.
Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan
mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum (di antaramu dengan golongan yang
ingkar, dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dialah
sebaik-baik Hakim”. (Hud: 108-109)
108. Say,O you mankind! Now
truth has come to you from your Lord. So whosoever receives guidance, he does
so for the good of his own self; and whosoever goes astray, he does so for his
own loss; and I am not over your Wakil. 109. And, follow the revelation sent unto you, and be patient
till Allah gives judgement. And He is the Best of judges.
Sama-samalah kita mohon
keampunan dan keberkatan dari Allah SWT.
No comments:
Post a Comment