APAKAH SEBENARNYA AL-QURAN?
Allah Taala berfirman dengan maksudnya;
Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang
disampaikan oleh Rasul yang mulia. Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang
penyair (sebagaimana yang kamu dakwa. Tetapi sayang) amatlah sedikit kamu
beriman. Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang (sebagaimana yang kamu katakan. Tetapi
sayang). Tetapi amatlah sedikit kamu mengambil peringatan. (Al-Quran itu)
diturunkan dari Allah Tuhan Sekelian Alam. Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang
menyampaikan Al-Ouran mengatakan atas nama Kami) secara dusta-sebarang kata-kata
rekaan. Sudah tentu kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami; Kemudian
sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta
merta); Maka tidak ada seorangpun diantara kamu yang dapat menghalang (tindakan
Kami itu) daripada menimpanya. Dan sesungguhnya Al-Quran itu tetap menjadi
peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa. Dan sesungguhnya Kami sedia
mengetahui bahawa ada di antara kamu mendustakan Al-Quran dan Kami akan
membalasnya. Dan sesungguhnya Al-Quran itu sudah tentu akan menyebabkan
penyesalan bagi orang-orang kafir (semasa mereka menerima balasan); Dan
sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini (dengan
seyakin-yakinnya). Oleh itu bertasbihlah dengan memuji Tuhan Mu Yang Maha
Besar. (Al-Haqqa: 40-52)
No comments:
Post a Comment