Sunday, July 22, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 85 - MASA DAN AL-HUTAMAH

SURAH AL-'ASR
1. "Demi Masa! 2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, 3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".

SURAH AL-HUMAZAH
1. "Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, 2. Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; 3.Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (di dunia ini)! 4. Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam AL-HUTAMAH. 5. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia AL-HUTAMAH? 6. (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), 7. Yang naik menjulang ke hati; 8. Sesungguhnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka. 9. (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang".

No comments:

Post a Comment