Sunday, July 29, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 94 - AL-BAQARAH; 102

SIHIR  BERASAL DARIPADA PUAK-PUAK SYAITAN
Firman Allah Taala dalam ayat 102 surah Al-Baqarah adalah bermaksud:
(102) Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorangpun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorangpun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
102. They followed what the Shayatin (devils) gave out (falsely of the magic) in the lifetime of Sulaiman (Solomon). Sulaiman did not disbelieve, but the Shayatin (devils) disbelieved, teaching men magic and such things that came down at Babylon to the two angels, Harut and Marut, but neither of these two (angels) taught anyone (such things) till they had said, "We are only for trial, so disbelieve not (by learning this magic from us)." And from these (angels) people learn that by which they cause separation between man and his wife, but they could not thus harm anyone except by Allah's Leave. And they learn that which harms them and profits them not. And indeed they knew that the buyers of it (magic) would have no share in the Hereafter. And how bad indeed was that for which they sold their ownselves, if they but knew.
RENUNGAN
Dalam ayat di atas kita sepatutnya mempelajari dan memahami bahawa ilmu sihir itu ialah amalan manusia yang termasuk ke dalam puak-puak syaitan yang kafir. Perkara ini telah diamalkan oleh puak-puak syaitan semenjak zaman pemerintahan Nabi Sulaiman dan kemudiannya merebak di negeri Babil (Babylon). Sesungguhnya ilmu-ilmu sihir yang dipelajari dan diamalkan oleh banyak puak atau kaum dari dulu, kini dan hingga ke akhir zaman nanti adalah memecah belahkan manusia, tidak bermanfaat, syirik dan akan menerima azab seksa Allah di akhirat kelak.
Sekian terima kasih, Was’salaam!

No comments:

Post a Comment