Allah Taala berfirman dengan maksudnya:
183. Wahai
orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana orang-orang yang
dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
184. (Puasa yang diwajibkan itu
ialah) beberapa hari yang tertentu, maka sesiapa di antara kamu sakit, atau
dalam musafir, (boleh ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari
yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang
tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberI
makan orang miskin, maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran
fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah satu kebaikan baginya;
dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi
fidyah), kalau kamu mengetahui.
185. (Masa yang diwajubkan kamu berpuasa ialah)
bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian
manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan
(menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu sesiapa
di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya) maka
hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka
(boehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang
ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.
(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh
kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya
kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan
Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Al-Baqarah:
183-185)
No comments:
Post a Comment