ORANG-ORANG YANG BERIMAN
MEWARISI SYURGA FIRDAUSI
1.Sesungguhnya berjayalah
orang-orang yang beriman. 2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya; 3. Dan
mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; 4. Dan
mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya: 6. Kecuali kepada isterinya atau
hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela; 7.Kemudian sesiapa
yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang
melampaui batas; 8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; 9. Dan mereka
yang tetap memelihara solatnya. 10. Mereka itulah orang-orang berhak mewarisi –
11. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (AL-MUKMINUN;
1-11)
Allah SWT telah menetapkan bahawa orang-orang yang beriman adalah mereka yang bakal mewarisi Syurga Firdausi. Kejayaan mereka ini adalah merupakan balasan baik terhadap sifat dan amalan mereka semasa hidup di dunia seperti ksusyuk dalam solat dan memelihara solatnya, menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia, membersihkan harta dengan mengeluarkan zakat, menjaga kehormatan diri (dengan tidak melakukan zina), menjaga amanah dan janjinya.
ReplyDelete