Nabi Muhammad rasul terakhir
Pesuruh Allah membawa Al-Quran
menyebar syariat dan ajaran
tiada batas ruang sempadan
memancar cahaya ke seluruh pelusuk alam
membawa berita khabar gembira
ada petunjuk, peringatan dan amaran
untuk umat manusia akhir zaman
ada yang menentang ada yang menghina
sunnahmu yang diwasiatkan.
Hanya yang patuh mahu beriman
berbuat bakti kebajikan
dalam sembunyi mahupun terang
pada siang dan pada malam
hidup dalam syariat Islam
pasti mendapat rahmat berpanjangan
dalam dunia pancaroba kepalsuan
menuju akhirat kekal abadi
kau warisi Al-Quran agung mulia
kau wasiatkan Sunnahmu untuk ikutan manusia
"Salam sejahtera atas mu, Ya Raulullah saw.".
Kelana Putra
Taman Bijaya Sura, Dungun,
Khamis 24.1.2013
12 Rabiul-awal 1434.
"Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad saw.); wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan sepenuhnya" (AL-AHZAB: 56).
ReplyDelete