Allah Taala berfirman dengan maksudnya:
1.Haa Miim. 2.Demi Al-Quran
Kitab yang menerangkan kebenaran. 3.Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran
itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami
sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).
4. (Kami menurunkan Al-Quran pada malam tersebut, kerana) pada malam yang
berkat itu, dijelaskan (kepada Malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi
hikmah serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). 5.Ia-itu
perkara-perkara yang terbitnya dari hikmah kebijaksanaan Kami; sesungguhnya
telah menjadi adat Kami mengutus Rasul. 6.(Untuk menyampaikan rahmat dari
Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar,
lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya). 7. Tuhan (yang
menciptakan dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta segala yang ada di
antara keduanya. 8. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dialah yang
menghidupkan dan yang mematikan. (Dialah juga) Tuhan kamu dan Tuhan datuk
nenek kamu yang telah lalu (mereka tidak meyakini kebenaran yang
djelaskan kepada mereka), bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil
bermain-main dengan perkara agama. (Ad-Duhkaan: 1-9)
No comments:
Post a Comment