Saturday, August 4, 2012

Getaran Jiwa-CINTAKU CINTAMU




Cintaku – Cintamu

Dakapan  cintamu
Dirangkul  cintaku

Siang sama menanti
Malam sama merindui

Dua jiwa berpadu satu
Sembunyi  dalam  mahligai kalbu

Senyum di bibir mesra
Rakam  1000 janji

Suci  jiwa sabar setia
Dendangkan lagu rindu

Tarikan melodi syahdu
Pelukan dalam rayu

Kita asyik berpaut
Sesekali kita bertaut

Kita bangkit
Kita  rebah

Mabuk nanar
Asmaradana

Memberi menerima
Nikmat cinta tiada perinya

Bersama asyik memadu
Saling panas dingin beku

Dibelai ombak rindumu
Beralun mengalun

Menggamit memanggil
Menjamah menerpa

Ketawa mesra
Tangis cemburu

Kini hilang lenyap
Dimamah telan

Tsunami cintaku



Kelana Putra
Kuala Terengganu

8 Ogos 2012
Jumaat 14 Ramadan 1434






1 comment: