NABI MUSA DAN FIRAUN 5
NABI MUSA MEMOHON BANTUAN NABI HARUN
10.Dan (ingatlah peristiwa) tatkala Tuhanmu menyeru Nabi
Musa; “Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim, 11. Iaitu kaum Firaun;
tidaklah mereka mahu mengawal diri dari kemurkaanKu? 12. Nabi Musa merayu
dengan berkata; “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan
mendustakan daku. 13. Dan akan sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku;
oleh itu utuskanlah perintahMu kepada
Harun (supaya ia membantuku” (Asy-Syu’araa; 10-13)
Renungan
Allah memerintahkan Nabi Musa mendatangi kaum Firaun yang
zalim, tidak mahu mengawal diri dan Allah memurkainya. Namun Nabi Musa merayu
kepada Tuhan kerana takut dituduh dusta oleh Firaun dan kaumnya. Selain itu
Nabi Musa merasakan kesukaran untuk berhadapan dengan mereka dan memohon Tuhan
memerintahkan Nabi Harun untuk membantunya.
No comments:
Post a Comment