NABI MUSA DAN FIRAUN -SIRI 3
MUSA KEMBALI KEPANGKUAN IBUNYA
10. Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong;
sesungguhnya dia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus
terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang
tenteram), supaya tetaplah dia dari orang-orang yang percaya (akan janji
Allah). 11. Dan berkatalah dia kepada
kakak Musa: Pergilah cari khabar beritanya. (Maka pergilah ia) lalu dilihatnya
dari jauh, sedang orang ramai tidak menyedarinya. 12 Dan Kami jadikan dia dari
mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menysusukannya
(melihatkan hal itu), kakaknya berkata: Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada
penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus
ikhlas kepadanya? 13. Maka (dengan jalan itu) Kami kembalikan dia kepada ibunya
supaya tenang tenteram hatinya dan tidak berdukacita (disebabkan bercerai
dengannya) dan supaya dia mengetahui bahawa janji Allah (untuk
menyelamatkannya) adalah benar; akan tetapi kebanyakan mereka itu tidak
mengetahui (yang demikian itu) (Al-Qashash: 10-13)
No comments:
Post a Comment