Monday, August 6, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 96

SIAPAKAH YANG BENAR-BENAR BERIMAN DAN YANG FASIK?
Allah Taala berfirman dengan maksudnya:
15. Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang  yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat dan patuh) dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. 16. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya)serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula merndermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.17. Maka tiada seorangpun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan. 18. (Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperi orang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan). 19. Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan. 20. Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah Neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: “Rasalah azab Neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu”.  (As-Sajdah: 15-20)
Terima kasih, Was’salaam!

No comments:

Post a Comment