Monday, August 27, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 117

TIDAK PERCAYA PADA HARI KIAMAT
 
1.Aku bersumpah dengan hari Kiamat: 2.Dan Aku bersumpah dengan “An-Nafsul-Lawwaamah” (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)! 3. Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang belulangnya (dan menghidupkan semula)? 4. Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurna segala tulang) jari jemarinya (tulang yang lebih halus dari yang lain).5. (Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (disepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat). 6. Ia bertanya (secara mengejek) “Bilakah datangnya hari Kiamat itu)? (Al-Qiaamah: 1-6)

No comments:

Post a Comment