Monday, April 14, 2014

Getaran Jiwa - Sibuk

SIBUK
Semua orang jadi sibuk
Sibuk siang sibuk malam
Sibuknya bukan kepalang
Urusan dunia tak mahu dihenti
cari makan tambah rezeki
kumpul wang harta benda
memadu kasih main asmara
berhibur gelak tawa
sesekali berangan panjang
pasang harapan berjela-jela
duduk bangun tidur jaga
bergelut  tawan dunia
gamat gawat tiap ketika
dihanyut bisikan godaan
begitupun jua.....
di sana nanti akan lebih
sibuk tak henti-henti
urusi nasib diri sendiri
hingga tiada kesempatan
toleh kanan toleh kiri
tanya khabar ibu ayah
suami-isteri dan anak pinak
semua itu tak ingin
ambil peduli
terlalu sibuk dan disibukkan
kerana mau menjengah
suatu yang belum pasti
hidup alam abadi
apakah ia sebuah fantasi..?

Kelana Putra
Mahligai Cinta
Tasik Puteri
Bukit Besi, Dungun
Khamis 14.12.12
29 Muharam1434

 

 

 


 

 

No comments:

Post a Comment