Sunday, April 13, 2014

KHUTBAH TERAKHIR NABI SAW.

KHUTBAH TERAKHIR

(Nabi Muhammad SAW. telah menyampaikan Kutbah Terakhir  pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijriah bertempat di Lembah Uranah Gunung Arafah yang diberkati-Kini genaplah 1424 tahun berlalu)
“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini”.

“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci,”
“Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak”

 Semua manusia diperingatkan
supaya tidak menyakiti orang lain
agar orang lain tidak menyakitimu

kerana kelak semua manusia

akan kembali  menemui Allah SWT.
bersama amalanya untuk perhitungan-hisab

mulai saat itu juga manusia diharamkan memakan riba
manusia diseru berwaspada terhadap syaitan

yang terus menerus berusaha menyesatkan mereka
dalam semua perkara besar mahupun sekecilnya

Suami dan isteri diperingkatan
mereka saling memiliki hak ke atas masing-masing

suami mesti memberikan isteri  makan pakai
dalam suasana kasih sayang

para lelaki diminta melayani wanita-wanita mereka
dengan baik dan lemah lembut

isteri adalah teman dan pembantu suami yang setia
para isteri dilarang memasukkan orang asing

yang tidak sukai suaminya ke dalam rumah mereka
dan semua orang dilarang melakukan zina.

Rasulullah SAW. menyeru agar para mukmin
menyembahlah ALLAH dengan mendirikan solat 5 kali sehari

berpusa di bulan Ramadhan

menunaikan zakat  dan harta kekayaannya
mengerjakan ibadah Haji sekiranya ada upaya

juga di peringatkan bahawa
tiada orang yang lebih mulia ke atas orang lain

kecuali dalam Takwa dan Beramal Soleh
Setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.

Ingatlah bahawa kelak kamu akan menghadap Allah

hari untuk perhitungan atas apa yang dipertanggungjawabkan ke atas dirimu
awasi dirimu agal tidak terkeluar dari landasan kebenaran agama Islam

dan tidak ada lagi Nabi dan Rasul selepas ini
dan tidak akan lahir agama baru

Rasulullah  SAW. meninggalkan kepada manusia dua perkara
semua orang tidak akan sesat selama-lamanya

selagi  berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya
“Itulah Al-Quran dan Sunnahku”.

Sesiapa yang mendengar ucapan itu

diminta untuk sampaikan kepada orang lain
yang tidak pernah mendengar dan tidak ada disitu

terus dan seterusnya.
"Saksikan Ya Allah,

Bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu
kepada hamba-hambaMu".

 

 

1 comment:

  1. Hayatilah khutbah terakhir yang telah disampaikan oleh Nabi saw. untuk seluruh umat manusia..

    ReplyDelete