BISIKAN SYAITAN KEPADA ADAM DAN HAWA
(18)Allah berfirman: “Keluarlah engkau dari Syurga sebagai
makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang
menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu
(yang derhaka semuanya);
(19)“Dan wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim”.
(20) Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: “Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga”.
(21) Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): “Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua”.
(22) Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: “Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?”
(23) Mereka berdua merayu: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi”. (Surah Al-A’raaf: 18-23)
17.
Then I will come to them from before
them and behind them, from their right and from their left, and You will not
find most of them as thankful ones (i.e. they will not be dutiful to
You)."
18.
(Allah) said (to Iblis)
"Get out from this (Paradise) disgraced and expelled. Whoever of them
(mankind) will follow you, then surely I will fill Hell with you all."
19.
"And O Adam! Dwell you and your
wife in Paradise, and eat thereof as you both wish, but approach not this tree
otherwise you both will be of the Zalimun (unjust and wrong-doers)."
20.
Then Shaitan (Satan)
whispered suggestions to them both in order to uncover that which was hidden
from them of their private parts (before); he said: "Your Lord did not
forbid you this tree save you should become angels or become of the immortals."
21.
And he [Shaitan (Satan)]
swore by Allah to them both (saying): "Verily, I am one of the sincere
well-wishers for you both."
22.
So he misled them with
deception. Then when they tasted of the tree, that which was hidden from
them of their shame (private parts) became manifest to them and they began to
stick together the leaves of Paradise over themselves (in order to cover their
shame). And their Lord called out to them (saying): "Did I not forbid
you that tree and tell you: Verily, Shaitan (Satan) is an open enemy
unto you?"
23.
They said: "Our Lord! We have
wronged ourselves. If You forgive us not, and bestow not upon us Your
Mercy, we shall certainly be of the losers."
Renungan
Ayat-ayat 18 hingga 23 Surah Al-A’raaf di atas menceritakan
hal Iblis yang telah Allah usir dari syurga, perintah Allah kepada Adam dan
Hawa semasa hidup bersama di dalam Syurga, Syaitan yang telah mengambil
kesempatan dengan memberi bisikan dan berjaya memperdayakan Adam dan Hawa
sehingga melanggar perintah Allah dan permohonan Adam dan Hawa untuk
mendapatkan keampunan dan rahmat Allah swt.
Sekian, Was’salaam!
No comments:
Post a Comment