Thursday, March 22, 2012

PERIHAL SOLAT 10 - KESEMPURNAAN SOLAT 4


MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

MEMBACA AL-FATIFAH, Kemudian membaca al-Fatihah, dan merasakan nikmat kerana ia tidak tergolong pada orang-orang yang dimurkai Allah atau tersesat dari jalan yang diredhai Allah. Juga merasa beruntug kerana dapat mengikuti jejak, tuntutan Nabi saw.

Membaca al-Fatihah adalah rukun sembahayang yang mesti diucapkan dalam semua solat fardhu dan solat sunat dan ia wajib dibaca dalam semua rakaat kerana sabda Nabi saw. :

“Tidak ada solat (sembahayang) bagi orang yang tidak membaca surah al-Fatihah”.

Maksudnya solat seseorang itu tidak sah jika ia terlupa ataupun sengaja tidak membaca surah al-Fatihah. Hukum membaca surah al-Fatihah itu adalah wajib.

Maksud firman-firman Allah swt. dalam surah al-Fatihah

1.Apabila mengucapkan basmalah – hendaklah niat bahawa segala sesuatu adalah dengan izin dan kehendak Allah.

Al-Fatihah adalah doa dan kata-kata munajat antara hamba dengan Allah swt. maka apabila membaca al-Fatihah maka hati dendaklah mendahului lidah, yakni hati batin hendaklah lebih dahulu mengingat makna dan kemudian barulah lidah mengucapkan bacaannya. Jika tidak dapat berbuat demikian, hendaklah lisan menjadi guru bagi hati, yakni hendaklah hati batin mengingat makna sesudah lidah membaca lafaz. Sedapat mungkin janganlah hendaknya lidah bergerak kalau hati batin dalam kelalaian.

2. Apabila membaca: Alhamdu’lillahi’rabbil’alamin, hendaklah ingat bahawa segala pujian yang indah-indah bertetapan dengan kebenaran yang semuanya adalah kepunyaan dan hak Allah swt, kerana Allah swt. yang menjadikan alam semesta, mengatur, mengurus dan mentadbirkannya.

Jika semua perkara itu adalah atas izin Allah, maka sudah tentu segala puji hanya untuk Allah semata-mata. Dengan itu kesyukurann (terima kasih) mestilah ditujukan kepada Allah sahaja sebab semua nikmat adalah anugerah dan pemberianNya.

(…..bersambung dalam tajuk KESEMPURNAAN SOLAT-5 siri berikutnya) Insyaallah. 

Sekian, Was’salam!

1 comment:

  1. Apakah setiap mukmin inginkan solat yang lebih sempurna untuk dipersembahkan ke hadirat Allah SWT? Namun bagaimanakah untuk melakukannya?

    ReplyDelete