PERIHAL SOLAT - 6
Sesungguhnya dalam sembahayang itu mengandung dua belas ribu macam dan dan dihimpun semuanya dalam dua belas macam, kerana itu bila akan sembahayang harus memperhatikan dua belas macam, untuk kesempurnaan sembahayangnya. Enam macam sebelum mulai sembahayang dan enam macam ketika sembahayang.
1. Ilmu pengetahuan sebab sabda Nabi saw. “Amalan sedikit dengan ilmu, lebih baik dari amal banyak tanpa ilmu”.
2. Wuduk, kerana sabda Nabi saw. “Tidak sah sembahayang kecuali dengan suci”.
3. Pakaian kerana firman Allah “Pakailah kain bajumu tiap-tiap sembahayang”.
4. Menjaga waktu, kerana fiman Allah; “Sesungguhnya sembahayang itu terhadap orang-orang mukmin sebagai kewajipan berwaktu”.
5. Menghadap kiblat kerana firman Allah: “Dan di mana kamu berada, maka hadapkan wajahmu ke Kaabah masjidil haram”.
6. Niat, kerana sabda Nabi saw. “Sesungguhnya semua amal itu bergantung kepada niat, dan yang dianggap bagi setiap orang apa yang diniatkan”.
7. Takbiratul ihram, kerana sabda Nabi saw. “Permulaannya takbir dan penyelesaiannya salam”.
8. Berdiri kerana firman Allah: “Tegaklah berdiri kerana Allah dengan khusyu”.
9. Membaca fatihah,kerana firmann Allah: “Bacalah seringanmu dari Al-Quran”.
10. Rukuk, kerana firman Allah: “Dan rukuklah”.
11.Sujud, kerana firman Allah, “Dan sujud’.
12. Duduk, kerana Sabda Nabi saw. “Jika bangun dari sujud dan duduk bertasyahhud maka telah selesai sembahayang”.
Jika telah selesai kedua belas ini harus diikuti dengan ikhlas untuk kesempurnaannya, kerana Allah berfirman: “Sembahlah Allah dengan ikhlas sebab agama itu hak Allah sendiri”.
Sekian, was’salam!
No comments:
Post a Comment