Tuesday, March 20, 2012

PERIHAL SOLAT 10 - WUDUK YANG SEMPURNA

SIFAT WUDUK DAN KESEMPURNAANNYA

Diriwayatkan daripada Humran, hambanya Uthman bercerita kepadanya, bahawa Uthman bin Affan r.a. minta air wuduk lalu berwuduk. Beliau membasuh kedua tapak tangannya tiga kali lalu berkumur dan mengeluarkan air dari hidung. Kemuadian beliau membasuh wajahnya tiga kali, lantas membasuh dengan tangan kanannya sampai ke siku tiga kali, lalu tangan kirinya seperti itu. Setelah itu mengusap kepalanya, kemudian membasuh kaki kanannya sampai mata kaki tiga kali, lalu kaki kirinya seperti itu.  Kemudian berkata: Aku pernah melihat Rasulullah saw. berwuduk seperti wudukku ini, lalu Baginda bersabda: “Sesiapa yang berwuduk seperti wudukku ini, lalu bersembahayang dua rakaat, sedang dalam dua rakaat itu ia tidak berbicara dengan hatinya sendiri, maka dosanya yang terdahulu akan diampuni”.

Ibnu Syihab berkata: “Para ulamak kita berkata: “Wuduk ini adalah wuduk yang paling sempurna yang dilakukan oleh seseorang untuk solat”.

Sekian, Was’salam!

1 comment:

  1. Dapatkanlah WUDUK YANG SEMPURNA...menuju kepada SOLAT YANG SEMPURNA

    ReplyDelete