Friday, March 16, 2012

PERIHAL SOLAT 8 - KESEMPURNAAN SOLAT


KESEMPURNAAN SOLAT – 1
Berikut ini diperturunkan perkara-perkara yang diperlukan bagi memperolehi SOLAT YANG SEMPURNA sebagaimana yang ditunjukkan dan diajarkan oleh Baginda Nabi saw. dan diwarisi sehingga ke hari ini.

ILMU PEGETAHUAN Adapun ilmu pengetahuan sempurnanya dalam tiga perkara: 1. Mengetahui perbezaan yang wajib dengan sunnat, sebab solat itu tidak sah kecuali dengan itu. 2. Mengetahui perbezaan yang wajib dengan yang sunnat dalam wuduk. 3. Mengetahui tipu daya syaitan sehingga dapat memeranginya.

WUDUK Adapun wuduk sempurnannya dengan tiga macam: 1.Membersihkan hati dari hasad dengki. 2. Suci badan dari dosa. 3.Membasuh semua anggota wuduk dengan sempurna tanpa pembaziran air.

PAKAIAN Adapun pakaian maka sempurna dengan tiga macam: 1. Asalnya dari halal. 2. Bersih dari najis. 3. Sesuai dengan sunnah, tidak untuk bangga dan sombong.

PENJAGAAN WAKTU Adapun penjagaan waktu itu dalam tiga macam: 1.Mata selalu memperhatikan matahari, bulan dan bintang untuk mengetahui tibanya waktu. 2. Telinga mendengarkan suara azan. 4.Hati selalu ingat akan tibanya waktu.

MENGHADAP KIBLAT Adapun menghadap kiblat maka sempurnanya dengan tiga; 1. Menghadap dengan wajah. 2. Meghadap Allah dengan hati. 3. Khusyu’ merendah diri.

NIAT Adapun niat maka sempurna dengan tiga; 1. Mengetahui solat yang akan dikerjakan. 2.Merasakan bahawa ia sedang berdiri di hadapan Allah. 3. Mengetahui bahawa Allah mengetahui apa yang di dalam hati, maka bersihkan diri dari kesibukan dunia.

bersambung seterusnya.....

No comments:

Post a Comment