Semasa Nabi Yaakub a.s. mengunjungi anaknya, Nabi Yusuf a.s. di Mesir, beliau memilih untuk tinggal bersamanya. Nabi Yaakub a.s. tinggal bersama Nabi Yusuf a.s. selama lebih kurang 19 tahun. Ketika hampir sampai ajalnya, beliau berwasiat kepada Nabi Yusuf a.s. supaya membawa jenazahnya ke Syria dan mengebumikannya di sebelah bapanya Nabi Ishak a.s. Maka Nabi Yusuf a.s. menunaikan wasiat bapanya itu.
Semenjak itulah Nabi Yusuf semakin sedar yang kehidupan dunia itu tidak kekal. Oleh sebab itu, beliau MERINDUKAN SYURGA. Maka beliau akhirnya berangan-angan untuk meninggal dunia. Ibu Abbas berkara: "Belum ada seorang Nabipun sebelum beliau pernah berangan-angan untuk meninggal dunia".
Nabi Yusuf berkata: (yang maksudnya):
"Wahai Tuhanku! sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan dan mengajarku sebahagian dari ilmu tadbir mimpi. Wahai Tuhan Pencipta langit dan bumi, Engkaulah Pelindungku dunia dan akhirat; matikanlah aku dalam Islam, dan temukanlah aku dengan orang yang soleh". (Yusof: 101)
No comments:
Post a Comment