Wednesday, March 14, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 61


ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN YANG KAFIR

Allah Taala berfirman dengan maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan”. (Al-Maa'idah: 35)

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir, kalau (tiap-tiap seorang dari) mereka mempunyai segala yang ada di muka bumi atau sebanyak itu lagi besertanya, untuk mereka menjadikan penebus diri mereka dari azab seksa hari kiamat, nescaya tebusan itu tidak akan diterima dari mereka, dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. (Al-Maa'idah: 36)

Ayat 35 di atas megandungi seruan Allah swt. kepada orang-orang yang beriman supaya mereka: (a) Bertaqwa kepada Allah, (b) Mencari jalan untuk sampai kepadaNya atau menemuiNya iaitu dengan mematuhi perintahnya dan meninggalkan larangannya (amal makruf dan nahi mungkar) dan (c) Berjuang pada jalan Allah iaitu menegakkan agama Islam (d) Dengan semua amalan tersebut mereka akan beroleh kejayaan iaitu balasan syurga dari Allah swt.

Ayat 36 di atas bermaksud bahawa (a) Setiap orang kafir tidak mampu untuk menebus diri masing-masing bagi melepaskan diri dari azab seksa Allah, (b) Walaupun  tebusan mereka itu berupa segala apa yang ada di  muka bumi atau sekali ganda lagi banyaknnya. (c)  Mereka pasti sama sekali tidak mampu untuk berbuat demekian. (d) Oleh itu mereka pada akhirnya beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, iaitu balasan neraka dari Allah swt.

Sekian, was’salam!



No comments:

Post a Comment