Saturday, March 31, 2012

RENUNGAN ALQURAN 66


IBLIS DAN SYAITAN MEMUSUHI BANI ADAM

(11) Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: "Bersujudlah kamu kepada Adam"; maka merekapun bersujud kecuali Iblis. Dan dia tidak termasuk mereka yang bersujud".   
`
(12) Allah berfirman: "Apakah yang menghalangmu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab Iblis; "Aku lebih baik daripadanya : Engkau (Wahai Tuhan) jadikan daku dari api seddang dia Engkau jadikan dari  tanah".

(13) Allah berfirman: "Turunlah engkau dari syurga itu; kerana  tidak sepatutnya engkau  menyombongkan diri di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau termasuk orang-orang yang hina"
.
(14) Iblis menjawab: "Beri tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".

(15) Allah berfirman: "Sesungguhnya engkau dari golongan mereka yang diberi tempoh".

(16) Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) telah menghukum daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalang-halangi mereka dari menjalani) jalan Engkau yang lurus".

(17) "Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka, dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta diri kiri mereka, dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur". (Surah Al-A'raaf: 11-17)

11. And surely, We created you (your father Adam) and then gave you shape (the noble shape of a human being), then We told the angels, "Prostrate to Adam", and they prostrated, except Iblis (Satan), he refused to be of those who prostrate.
12. (Allah) said: "What prevented you (O Iblis) that you did not prostrate, when I commanded you?" Iblis said: "I am better than him (Adam), You created me from fire, and him You created from clay."
13. (Allah) said: "(O Iblis) get down from this (Paradise), it is not for you to be arrogant here. Get out, for you are of those humiliated and disgraced."
14. (Iblis) said: "Allow me respite till the Day they are raised up (i.e. the Day of Resurrection)."
15. (Allah) said: "You are of those allowed respite."
16. (Iblis) said: "Because You have sent me astray, surely I will sit in wait against them (human beings) on Your Straight Path.
17. Then I will come to them from before them and behind them, from their right and from their left, and You will not find most of them as thankful ones (i.e. they will not be dutiful to You)."

Renungan

Semua ayat di atas menerangkan satu peristiwa penting yang telah berlaku bila Allah SWT. menciptakan Nabi Adam a.s. dan tidak tanduk Iblis yang begitu angkuh, hina dan kemudiannya di usir oleh Allah. Permusuhan Iblis terhadap umat manusia bermula sebaik sahaja Allah swt. menciptakan Adam a.s. Allah telah memerintahkan malaikat-malaikat dan Iblis sujud (memberi hormat) kepada Nabi Adam dan Iblis dengan angkuhnya mengingkari perintah ini dengan mendakwa dirinya yang dicipta daripada api itu adalah lebih baik daripada Adam yang Allah ciptakan daripada tanah.

Kesombongannya menyebabkan Allah murka dan memberikan hukuman kepada Iblis iaitu memasukkannya ke dalam golongan orang-orang yang hina dan Allah mengusirnya keluar dari syurga. Lantaran itu Iblis memohon izin kepada Allah hinggalah ke hari kiamat dan Allah telah memberi tempoh kepadanya. Iblis bersumpah untuk menghalang manusia daripada mengikuti jalan Allah yang lurus, iaitu jalan agama Allah yang sebenar-benarnya. Iblis juga menyatakan untuk mendatangi manusia dari semua arah iaitu dari hadapan, belakang, kiri dan kanan. Tujuan iblis ialah untuk memesongkan dan menyesatkan umat manusia (Bani Adam) daripada mengikuti jalan Allah yang lurus.
Sekian, Was’salaam!

No comments:

Post a Comment