Monday, September 30, 2013

DOA PARA AMBIA (9)

DOA NABI ZAKARIA A.S.
 
Ia merayu dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku – wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku – kepadaMu. Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia – wahai Tuhanku – seorang yang diredhai dan disukai”. (MARYAM; 4-6)

1 comment:

  1. Semua para Rasul dan Nabi memohon, merayu dan berdoa kepada Allah swt. mengikut keperluan dan keadaan yang mereka hadapi terutama dalam menghadapi pelbagai dugaan, ujian dan cabaran hidup di dunia dan juga akhirat.Nabi Zakaria a.s. umpamanya berdoa untuk memperolehi seorang anak lelaki untuk mewarisinya dan zuriat keturunannya bagi menjayakan visi agama Allah.

    ReplyDelete