Sunday, September 29, 2013

Kemenangan yang besar

APAKAH KEMENANGAN YANG BESAR?

10. Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? 11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). 12. Dengan itu Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik di dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar. (AS-SAFF: 10-12)

No comments:

Post a Comment