Saturday, September 14, 2013

Getaran Jiwa - Sibuk

SIBUK

Semua orang jadi sibuk
sibuk siang malam
sibuknya macam-macam
urusan dunia tiada henti
cari makan tambah rezeki
kumpul wang harta benda
memadu kasih main asmara
berhibur gelak tawa
keliling pusing dunia
berangan panjang
harapan berjela-jela
duduk bangun tidur jaga
bergelut tawan isi dunia
gamat gawat tiap ketika
dihanyut bisikan godaan

Begitupun jua
di sana nanti akan lebih
sibuk tak henti-henti
urus nasib sendiri
tiada kesempatan jua
toleh kanan toleh kiri
tanya khabar ibu ayah
isteri dan anak pinak
tak mahu ambil peduli lagi
terlalu sibuk dan disibukkan
urus nasib diri
apakah untung
apakah rugi 
jalani hidup alam abadi.

Kelana Putra
Mahligai Cinta
Tasik Puteri
Bukit Besi, Dungun
Khamis 14.12.12
29 Muharam1434.

 

No comments:

Post a Comment