ADA TIADA
Dia ada sejak azalitiada awal tiada akhir
kekal abadi
Dia-lah Wujud
kita semua diadakan
kita adalah maujud
dari tiada menjadi ada
cuma seketika
barang sehari dua
bukan selamanya
jadi bila kita ada
jangan terlalu mengada-ada
kerana kelak kita pasti tiada
seumpama disini kita adanya.
Kelana Putra
Mahligai Cinta,
Khamis 4 Sept. 2013
No comments:
Post a Comment