Saturday, November 16, 2013

Getaran Jiwa - Bahtera

Bahtera

950  tahun usianya
Nuh  merayu seru
kaum kerabat umat manusia
sembah Tuhan Yang Maha Esa
namun kecewa hampa
patung-patung bikinan
mereka sembah puja
sesat ingkar durhaka
mereka  gelak tawa
katakan dia sudah sasau  gila
bina bahtera entah mahu ke mana
tiada banjir tiada gelombang
mereka sombong angkuh
tidak mahu mengikut dan percaya
mencabar  diturunkan azab seksa
tiba saat ketikanya
ribut raksasa terjah melanda
gelombang mengunung-ganang
ditinggalan isteri dan anaknya
berama kaumnya yang durhaka
hanyalah sedikit yang  mengikuti jejaknya
bersama  haiwan berpasang-pasang
dalam cemas takut bimbang
berlayarlah  mereka dalam bahtera damai
berlabuh akhirnya di Gunung Judi
maka bersambunglah zuriat manusia
“Salam sejahtera ke atasmu Nabi Nuh a.s.”

Kelana Putra
Kuala Terengganu,
Khamis 21 Feb. 2013.

 

 

1 comment:

  1. Nabi Nuh a.s. telah menyeru kaumnya beriman kepada Allah Yang Maha Esa dalam suatu tempoh yang sungguh lama (berusia 950 tahun). Namun hanya segelintir yang beriman dan mengikuti jejak rasul itu sehijgga Tuhan menurunkan azab seksa dengan menghantarkan ribut dan gelombang rakasa yang menyelenyapkan mereka dari muka bumi, termasuklah isteri dan anak sendiri yang durhaka. Dengan pertolongan Allah ...Nabi Nuh bersama pengikutnya beserta dengan semua haiwan berpasang-pasang telah diselamatkan...belayar menaiki bahtera dan akhirnya berlabuh di Gunung Judi...meneruskan zuriat manusia dan segala haiwan.

    ReplyDelete