Sunday, March 18, 2012

KALIMAH TAUHID YANG TERAGUNG

KALIMAH TAUHID

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas bin malik r.a. berkata Rasulullah saw. Bersabda:
“Malaikat Jibril turun sambil membaca ayat bermaksud: ‘Pada hari digantikan bumi dengan bumi yang lain, demikian pula langit, dan semua makhluk menuju kepada Allah yang Esa dan kuasa memaksa’ (Ibrahim: 48)

Nabi saw. Bertanya: Ya Jibril, bagaimana keadaan manusia pada hari kiamat?

Jawabnya: Ya Muhammad, mereka berada di atas bumi yang putih, belum pernah orang berbuat dosa di sana. Maka apabila menggaung jahanam satu kali, maka para malaikat lari, berpegang pada arasy, dan tiap malaikat berdoa; Ya Tuhan, aku tidak minta sesuatu kecuali keselamatan diriku. Sedang bukit bagaikan bulu yang dicabut dan dihambur-hamburkan, sedang bukit menjadi cair kerana takut pada jahanam, maka didatangkan jahanam yang menggaung satu kali dipertahankan oleh tujuh puluh ribu malaikat yang memegang kendalinya sehingga dihadapkan kepada Allah, lalu diperintahkan:
Hai Jahanam bercakaplah! Laa illaha illallah demi kemuliaan dan kebesaran-Mu ini, hari aku membalas orang-orang yang makan rezeki-Mu dan menyembah lain-Mu, tidak dapat melalui aku, siapa yang tidak mempunyai surat kebenaran.

Nabi saw. Bertanya: Ya Jibril, apakah surat kebenaran hari kiamat itu?

Jawab Jibril: Terimalah khabar baik hai Muhammad, kerana umatmu mempunyai surat kebenaran, iaitu siapa yang percaya, LAA ILLAAHA ILLALLAH, MAKA IA DAPAT MENYEBERANG JAHANAM.
.
Lalu Nabi saw. Bersabda: Alhamdulillah yang memberi ilham syahadah Laa illaaha illallah.

Diriwayat yang lain Nabi saw. Bersabda:

Pada hari kiamat ada seorang yang dihadapkan ke mizan, lalu dikeluarkan lembaran amalnya sembilan puluh sembilan berkas, tiap-tiap berkas selebar pandangan mata, di dalam semua dosa-dosanya, maka diletakkan atas timbangan, kemudian di bahagian yang lain, dibawakan kertas selebar hujung jari berisi syahadah: Laa illaha illallah, wa anna Muhammad abdu warasuuluh, tiba-tiba kertas kecil itu dapat mengalahkan beratnya bekas-bekas yang banyak itu, dan menghapuskan semua dosa-dosanya.

Selain itu Nabi saw. Bersabda:

“Seutama-utama apa yang aku baca dan dibaca oleh Nabi-nabi sebelumku, iaitu kalimat Laa illaaha illallah”

Sekian semoga kita mempeolehi pelajaran dan manfaat yang amat berguna daripada sabda-sabda Baginda Nabi saw. Ini.

Sekian, Was’salam!

1 comment:

  1. Dengan mengucap dua kalimah syahadah seseorang itu sah mememluk Islam. Kalimah syahadah adalah kalimah yang paling mulia dan agung. Dengan penuh kepercayaan dan keyakinan sesorang itu mengesakan Allah Taala dan mengaku bahawa Nabi Muhammad saw. itu adalah pesuruhNya. Kita menerima, membawa dan memiliki kalimah syahadah untuk terus menjalani hidup sebagai seorang mukmin di dunia yang fana' dan hidup yang kekal abadi di akhirat kelak. Apakah sebenarnya yang TERSURAT dan TERSIRAT di sebalik kalimah tauhid ini? Bersamalah kita pelajari, hayati dan amalkannya dengan harapan dan hasrat tinggi untuk mengadap dan menemui Allah Yang Esa. Salam, tkasih.

    ReplyDelete