Monday, September 9, 2013

Getaran Jiwa - Sunyi sepi

Sunyi sepi


Untuk apa....
aku duduk di sini
kita sama-sama
bersenda gurau
bergelak ketawa
sanak saudara 
rakan taulan
keliling pinggang
kita jalan-jalan 
lihat-lihat dunia

Apakah kau
berwajah jelita menarik ingin
bermata galak melirik manja
bibir mesra mengukir sunyum
mulut manis tabur bicara
kau bukan bidadari kayangan
apa lagi mengasyikan

Bila nanti
minda malas memikir
hati tak keras berzikir
jiwa tak mahu merasa
kalbu hilang lenyap
iman tak pasang-pasang
ilmu dimamah gelita
bakti megahkan diri
harta kekayaan jadi kebanggaan
kekuasaan teguhkan belang

Aku tak punyai
banyak bakti
muda remaja lalai leka
mendakap dunia
sampai dewasa mabuk sasau
rakus membolot buru
kilauan cinta dunia
alangkah seronok gila

Bila dah tua
mana lagi daya upaya
aku letih
aku layu
aku lesu
bersama senjakala
meresapi  sinar
memanggil gelita
menutup hari
aku pasti hilang
bersama malam
sunyi lagi sepi

Kelana Putra
Rantau Abang
Dungun, Terengganu
14 Januarti 2012
Sabtu 19 Safar 1433.

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment