Sunday, September 8, 2013

Renungan Al-Quran 387

MELUPAI  BEKALAN  UNTUK AKHIRAT
 
20. Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia yang cepat habisnya). 21. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal  abadi kehidupannya).22. Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang beriman) berseri. 23. Melihat kepada Tuhannya.24. Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh, - 25. Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan. (AL-QIAAMAH: 20-25)

No comments:

Post a Comment