Tuesday, September 3, 2013

KE ARAH KESEMPURNAAN SOLAT (5)

RAHSIA DI SEBALIK AL-FATIHAH YANG DIBACAKAN DALAM SOLAT

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Kami berada di belakang imam (bersembahayang) maka berkatalah imam itu kepada kami: “Bacalah AL-Fatihah sendiri, kerana aku mendengar Rasulullah saw. mengatakan: “Telah berkata Allah Azzawajala;  Aku bahagikan solat (maksudnya Al-Fatihah) antara-Ku dan hamba-Ku menjadi dua bahagian (separuh untuk-Ku dan separuh lagi untuk hamba-Ku),dan bagi hamba-Ku apa yang mereka minta.

Apabila hamba-Ku berkata: Alhamdulillahi rab’bil alamin
Allah menjawab: Hamba-Ku memuji-Ku,

dan apabila hamba-Ku berkata; Ar’rahmani rahim

Allah menjawab: Hamba-Ku menyanjung-Ku,
Dan apabila hamba-Ku berkata; Maalikiaul middin

Allah menjawab: Hamba-Ku mememuliakan-Ku,
Dan apabila hamba-Ku berkata; Iyyakannak’bu waiyya kanas’taiin

Allah menjawab: Ini seperdua untuk-Ku dan seperdua untuk hamba-Ku,
Dan apabila hamba-Ku berkata; Ihdinna sirratul mustaqiim, sirathalazzi naan’aam tha alaihim, ghairil mardhu bi alaihim, walla dhalim

Allah menjawab: Ini semua untuk hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta”.
Sekian terima kasih, Was’salaam!

 

No comments:

Post a Comment