Tuesday, April 3, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 70 - AL FATIHAH

 SURAH AL-FATIHAH - 1
Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) - Pembukaan - surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.
Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.
Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.
Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat
Bismillah Ar-Rahman Ar-Raheem
Al-hamdu lillahi Rabb il-'alamin
Ar-Rahman Ar-Raheem
Maliki yawmi-d-Din
Iyya-ka na'budu wa iyya-ka nasta'in
Ihdina-sirat al-mustaqim
Sirat al-ladhina an'amta 'alai-hi
Ghair il-Maghdubi 'alai-him wa la-d-dallin

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
  

(1) 
In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.
(2) Praise be to Allah, Lord of the Worlds:
(3) The Most Beneficent, the Most Merciful:
(4)Owner of the Day of Judgement.
(5) Thee (alone) we worship; Thee (alone) was ask for help.
Show us the straight path:
(7) The path of those whom Thou hast favoured; Not (the path) of those who earn Thine anger nor of those who go astray.

Semoga kita dapat sama-sama mempelajari, memahami dan mengamalkan surah yang amat mulia ini dalam hidup beribadah dan beramal taqwa setiap hari, selagi hayat dikandung usia.
Sekian, Was'salaam!























































1 comment:

  1. Surah Al-Fatihah dengan penuh kemuliaan, keutamaan & keberkatannya. Sesungguhny surah inilah yang menjadi suatu doa yang kita panjatkan bila bersolat menghadap wajah ke hadirat Allah SWT dengan penuh keinsafan, harapan dan berserah diri dengan ikhlas dan tawadduk. Amin ya Rabbil aalaameen.

    ReplyDelete