Allah Taala berfirman dengan maksudnya:
6) Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah – debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
6. O you who
believe! When you intend to offer As-Salat (the prayer), wash your faces
and your hands (forearms) up to the elbows, rub (by passing wet hands over)
your heads, and (wash) your feet up to ankles . If you are in a state of Janaba
(i.e. had a sexual discharge), purify yourself (bathe your whole body). But
if you are ill or on a journey or any of you comes from answering the call of
nature, or you have been in contact with women (i.e. sexual intercourse) and
you find no water, then perform Tayammum with clean earth and rub
therewith your faces and hands. Allah does not want to place you in difficulty,
but He wants to purify you, and to complete His Favour on you that you may be
thankful.
RENUNGANAyat 6 surah Al-Maidah di atas merupakan perintah Allah kepada orang-orang yang beriman supaya bersuci apabila hendak mengerjakan solat, ia itu dengan mengambil wuduk. Jika berhadas besar seseorang itu perlu mandi wajib. Jika tiada air, maka ia perlu bertayamum. Semua ini mestilah dilakukan dengan cara yang telah ditunjukkan dan diajarkan serta disyariatkan oleh Nabi saw. Perkara ini dilakukan dengan tujuan Allah mahun mensucikan diri dan akhirnya memperolehi rahmat dan mereka bersyukur kepadaNya.
Sekian terima kasih, Was’salaam!
No comments:
Post a Comment