Monday, April 9, 2012

DARIHAL SOLAT - 1

PERINTAH MENDIRIKAN SOLAT

Dalam Surah Al-Israa: ayat 78 dan 79, Allah Taala berfirman dengan maksudnya:

(78) Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya). (79) Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
78. Perform As-Salat (Iqamat-as-Salat) from mid-day till the darkness of the night (i.e. the Zuhr, 'Asr, Maghrib, and 'Isha' prayers), and recite the Qur'an in the early dawn (i.e. the morning prayer). Verily, the recitation of the Qur'an in the early dawn is ever witnessed (attended by the angels in charge of mankind of the day and the night). 79. And in some parts of the night (also) offer the Salat (prayer) with it (i.e. recite the Qur'an in the prayer), as an additional prayer (Tahajjud optional prayer Nawafil) for you (O Muhammad http://www.dar-us-salam.com/TheNobleQuran/images/saws.gif). It may be that your Lord will raise you to Maqaman Mahmuda (a station of praise and glory, i.e. the highest degree in Paradise!).

RENUNGAN

Di dalam Al-Ouran terdapat banyak ayat-ayat yang mana Allah SWT. memerintahkan dan memperigatkan manusia (orang-orang yang beriman) mendirikan solat dan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan ibadat solat yang utama dan mulia itu. Ayat-ayat dalam Surah Al-Israa' sebagaimana petikan di atas mengandungi beberapa perkara penting sebagai perintah dan petunjuk Allah kepada manusia supaya mendirikan solat.

Pertama, Allah SWT. memerintahkan manusia supaya mengerjakan solat pada waktu siang bermula dengan solat zohor iaitu sesudah tergelincirnya matahari, diikuti dengan solat asar, solat maghrib dan solat isyak yang merupakan solat pada waktu sebelah malam serta mendirikan solat subuh  yang mempunyai keistimewaannya. Solat juga disaksikan oleh para malaikat. Solat lima waktu sehari semalam ini adalah ibadah  yang utama, merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima dan telah di sabdakan oleh Baginda Nabi saw. sebagai tiang agama.
Kedua, pada waktu malam hari iaitu selepas tengah malam manusia di seru supaya bersolat tahajjud sebagai satu ibadah tambahan. Semoga dengan solat fardu yang di wajibkan dan solat tahajjud ini,  seseorang itu akan Allah letakkan di suatu tempat yang terpuji di sisiNya.
Sekian terima kasih, Was’salam!

No comments:

Post a Comment