Firman
Allah Taala dalam ayat 20-26 surah Al-Naml adalah dengan maksudnya;
[20]
Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta
dalam tenteranya) lalu berkata: “Mengapa aku tidak melihat burung belatuk?
Adakah ia dari mereka yang tidak hadir? [21] “Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya,
atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang
nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir” [22]Burung
belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepada
Nabi Sulaiman): “Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau
tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba’ dengan
membawa khabar yang diyakini kebenarannya [23] “Sesungguhnya aku dapati seorang
perempuan memerintah mereka dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit)
dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan ia pula mempunyai singgahsana yang
besar. [24] “Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari
dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan Syaitan pula memperelokkan pada
pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan
(yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk. [25] “(Mereka
dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang
mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan yang mengetahui
apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan. [26] “Allah! – Tiada
Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar’”.
RENUNGAN
Secara ringkasnya ada
beberapa perkara penting yang terkandung dalam ayat-ayat di atass iaitu burung
belatuk (hud-hud) yang membawa perkhabaran mengenai adanya seorang raja perempuan
atau ratu yang memerintah kerajaan Saba yang mempunyai singgahsana yang besar.
Mereka semuanya menyembah matahari dan tidak beriman dengan Allah, bahkan
dipengaruhi oleh Syaitan yang menyebabkan mereka berbuat syirik.
Sekian terima kasih Was’salaam!
No comments:
Post a Comment