Saturday, April 7, 2012

MENUJU SYURGA ALLAH

MARI  KITA TERBANG KE SYURGA

Buku ini adalah adaptasi daripada kitab Minhaajul Aabidiin karya Imam Al-Ghazali rahimahullh. Sesungguhnya kitab ini amat bermakna dan sungguh istimewa. Khususnya bagi semua umat Islam yang mengharapkan Syurga Allah SWT. Kitab ini mampu meneguhkan kesedaran diri bagi setiap mukmin yang bercita-cita menjadi insan kamil  yang sentiasa takut, taat, berserah diri, beriman, beramal soleh, bertaqwa dan cinta kepada Allah yang Maha Esa.
Kitab ini mengandungi tujuh bab, memberi penjelasan dan kupasan atas  tujuh tingkat atau tangga menuju SYURGA Allah iaitu:

1. Ilmu dan Maarifat.
2. Taubat.
3. Godaan.
4. Rintangan.
5. Motivasi.
6. Aib.
7. Pujian dan syukur.

Berakhirnya perbahasan mengenai tujuh tahap tersebut, bermakna selesailah pula Kitab Minhaajul Aabidiin ini. Akhirnya sama-samalah kita berdoa dan memohon keampunan, rahmat dan hidayah Allah SWT. menikati hidup di dunia yang fana’ ini dan berlebih-lebih lagi di beri izin untuk tinggal dalam SyurgaNya yang kekal abadi,  bersama-sama para syuhadah, solihin dan ambia. Selamat Sejahtera!

Info: MARI KITA TERBANG KE SYURGA (terjemahan), Judul asal: Minhaajul Aabidiin, karya Imam Al-Ghazali, terbitan Al-Hidayah House of Publishers Sdn Bhd, Batu Caves 68100 Kuala Lumpur. Diterjemah oleh Azarita Ahmad dan disunting oleh Dr. Mohd. Puzhi Usop. Tebal 377 halaman.

Sekian terima kasih, Was’salam!

No comments:

Post a Comment