MANUSIA
DICIPTA DAN DIBANGKITKAN SEMULA
Allah
Taala berfirman dengan maksudnya:
(12)
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari
tanah: (13) Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan
yang kukuh: (14) Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah
beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami
ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang
itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi
makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah
sebaik-baik Pencipta. (15) Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati. (16)
Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat. (Surah Al-Mukminun: 12-16)
RENUNGAN
Firman Allah dalam ayat-ayat 12 hingga
16 (Surah Al-Mukminun) di atas menceritakan dan memperingatkan mengenai
kejadian manusia, yang mula asalnya dari tanah, kemudian dijadikan setitis air
benih (nutfah) yang ditempatkan atau disimpan pada tempat yang kukuh iaitu di
dalam rahim (ibu).
Di
dalam rahim ini benih tersebut dikandung dan membesar dari satu peringat ke
satu peringkat menjadi segumpal atau seketul darah beku yang menjadi seketul
daging, membentuk tulang-tulang yang kemudiannya dibalut dengan daging. Setelah
itu dia dibentuk menjadi makhluk manusia dengan segala sifat-sifatnya.
Tahap-tahap
perkembangan manusia di dalam kandungan (embrio) selama 9 bulan 10 hari dapat kita
fahami dengan lebih mendalam lagi menerusi pelajaran sains biologi, kesihatan
dan perubatan. Selepas itu manusia dilahirkan dan menjalani kehudupan dunia
dalam suatu tempoh masa (usia) yang Allah tetapkan.
Setelah
menjalani kehidupan dunia, manusia akan mati, berada di alam kubur atau alam
barzakh. Setelah sekian lama berada di alam kubur, manusia akan dibangitkan
kembali (dihidupkan semula) iaitu bila tibanya hari kiamat.
Pada
hari kiamat kelak semua manusia dibangkitkan dan dikumpulkan dihadapan Allah
untuk dihisabkan dan menerima pengadilan dan balasanNya.
Sekian
terima kasih, Was’salaam!
No comments:
Post a Comment