ALLAH MEMBERI
TEMPOH KEPADA SETIAP UMAT
Allah Taala
berfirman dengan maksudnya:
(34) Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah
ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan
walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.
(35) Wahai anak-anak Adam! Jika datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan
kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat (perintah) Ku, maka sesiapa yang
bertaqwa dan memperbaiki amalnya, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya
kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan
berdukacita.
(36) Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh
(merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, merekalah ahli neraka, mereka
kekal di dalamnya.
(34) And for every nation is a [specified] term. So when their
time has come, they will not remain behind an hour, nor will they precede [it].
(35) O children of Adam, if there come to you messengers from
among you relating to you My verses, then whoever fears Allah and reforms -
there will be no fear concerning them, nor will they grieve.
(36) But the ones who deny Our verses and are arrogant toward
them - those are the companions of the Fire; they will abide therein eternally.
RENUNGAN
Ada beberapa peringatan
dan pengajaran penting sebagaimana maksud dalam ayat-ayat di atas
yang Allah firmankan.
1.Tiap-tiap umat manusia
diberi tempoh masa masing-masing. Dalam sejarah umat manusia, setiap Rasul
memimpin dan mengajarkan umat masing-masing mengikut perintah Allah seperti
yang diwahyukan didalam kitab-kitab seperti Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran.
Allah juga yang mematikan atau melenyapkan sesuatu umat yang terdahulu dan menggantikannya
dengan umat yang lain. Umat mutakhir ini adalah umat Islam di bawah pimpinan
Nabi Muhammad saw. (semenjak 1433 tahun H dahulu) dengan beriman dan beramal
mengikut ajaran-ajaran yang terkandung dalam Kitab suci Al-Quran.
2. Allah memperingatkan
Bani Adam (umat manusia) bahawa kehadiran setiap utusan atau RasulNya adalah menceritakan
dan menjelaskan ayat-ayat yang merupakan perintahNya. Dalam hal ini orang-orang
yang mengikuti ayat-ayat Allah sebagaimana yang di sampaikan oleh Rasul-rasul,
dengan bertaqwa dan memperbaiki
amalannya, mereka tidak perlu bimbang akan kejadian buruk yang akan
menimpa, bahkan mereka tidak akan berdukacita.
3.Seterusnya Allah memberi
peringatan dan amaran bahawa orang-orang yang mendustakan ayat-ayatNya iaitu perintahNya
seperti mana yang terkandung dalam kitab-kitabNya dan disampaikan oleh
Rasul-rasulnya dan bersifat angkuh dan tidak mematuhinya adalah ahli-ahli
neraka dan mereka itu kekal di dalamnya.
Sekian terima kasih, Was’salaam!
No comments:
Post a Comment