DENGAN AGAMA ALLAH
Dalam ayat 27 hingga 31 Surah An-Naml, Allah Taala
berfirman dengan maksudnya:
[27]
Nabi Sulaiman berkata: Kami akan fikirkan dengan sehalus-halusnya, adakah benar
apa yang engkau katakan itu, ataupun engkau dari golongan yang berdusta. [28]“Pergilah bawa suratku ini, serta
campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka; dalam pada itu
perhatikanlah apa tindak balas mereka. [29] (Setelah membaca surat itu), berkatalah
raja perempuan negeri Saba’: “Wahai ketua-ketua kamu! Sesungguhnya telah
disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia”.[30]“Sesungguhnya surat itu dari Nabi
Sulaiman, dan kandungannya (seperti
berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani'; [31] `Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu
kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah).
Dalam
ayat-ayat di atas kita dapat mengetahui dan memahami diplomasi Nabi Sulaiman
as. yang mengutus surat dan meminta
Ratu Saba atau Ratu Balkis supaya tidak meninggi diri dan menyeru mereka supaya
datang menyerah diri, yakni beriman dan mematuhi agama Allah. Sementara itu
Ratu Balkis pula menyedari dan mengakui bahawa surat yang dikirim oleh Nabi
Sulaiman itu adalah sepucuk surat yang mulia kerana di dalamnya terkandung
kalimat; Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Sekian
terima kasih, Was’salaam!
No comments:
Post a Comment