Sunday, April 1, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 68


HIDUP DI DUNIA DAN JANGAN DIPERDAYAKAN OLEH SYAITAN

(24) Allah berfirman: “Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika  (mati)”.

 (25) Allah berfirman lagi: “Di bumi itu kamu hidup dan situ juga kamu mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)”.

 (26) Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

(27) Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman. (Surah Al-A'raaf: 24-27)


24. (Allah) said: "Get down, one of you an enemy to the other [i.e. Adam, Hawwa (Eve), and Shaitan (Satan), etc.]. On earth will be a dwelling-place for you and an enjoyment, - for a time."

25. He said: "Therein you shall live, and therein you shall die, and from it you shall be brought out (i.e.resurrected)."

26. O Children of Adam! We have bestowed raiment upon you to cover yourselves (screen your private parts, etc.) and as an adornment, and the raiment of righteousness, that is better. Such are among the Ayat (proofs, evidences, verses, lessons, signs, revelations, etc.) of Allah, that they may remember (i.e. leave falsehood and follow truth ).

27. O Children of Adam! Let not Shaitan (Satan) deceive you, as he got your parents [Adam and Hawwa (Eve)] out of Paradise, stripping them of their raiments, to show them their private parts. Verily, he and Qabiluhu (his soldiers from the jinns or his tribe) see you from where you cannot see them. Verily, We made the Shayatin (devils) Auliya' (protectors and helpers) for those who believe not.

RENUNGAN

Berikutan dengan peristiwa yang telah berlaku iaitu keingkaran Iblis untuk bersujud memberi penghormatan kepada Adam, kejayaan Iblis menggoda Adam dan Hawa sehingga mereka berdua melanggar perintah Allah, menyebabkan kemarahan dan kemurkaan Allah sehingga semuanya diperintahkan untuk turun dan menjalani kehidupan di dunia hingga sampai ke suatu masa yang telah ditetapkan (hari kiamat).

Dalam ayat-ayat di atas Allah telah mengingatkan kepada anak-anak Adam (umat manusia) bahawa di dunia inilah mereka menjalani kehidupan, kemudian mati dan dibangkitkan semula. Di dunia Allah menurunkan limpah dan rahmatNya dan pakaian yang terbaik bagi manusia ialah bertaqwa kepada Allah.

Allah memperingatkan kepada manusia supaya jangan diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana mereka dahulunya telah memperdayakan Adam dan Hawa di Syurga. Allah juga memperingatkan bahawa Syaitan dan kaumnya dapat melihat manusia, tetapi manusia tidak dapat melihat mereka. 

Allah menyatakan bahawa “Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman”.
 
Sekian, Was’salaam!

No comments:

Post a Comment