Dalam surah An-Naml ayat-ayat 32 hingga 35, Allah Taala berfirman dengan maksudnya:
[32] Raja perempuan itu berkata lagi: “Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku mengenai perkara yang aku hadapi ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya”. [33] Mereka menjawab: Kita adalah orang-orang yang kuat gagah dan amat berani merempuh peperangan; dan perkara itu (walau bagaimanapun) terserahlah kepadamu; oleh itu fikirkanlah apa yang engkau hendak perintahkan. [34] Raja perempuan itu berkata: “Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan. [35] “Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita”
32. She said: "O chiefs! Advise me in (this) case of mine. I decide
no case till you are present with me."
33. They said: "We have great strength, and great ability
for war, but it is for you to command; so think over what you will command. 34.
She said: "Verily! Kings, when they enter a town (country), they
despoil it, and make the most honourable amongst its people low. And thus they
do. 35. "But verily! I am going to send him a present, and see with
what (answer) the messengers return."
RENUNGAN
Setelah
menerima surat daripada Nabi Sulaiman as. Ratu Balqis memanggil
pembesar-pembesarnya untuk mendapatkan nasihat mengenai apakah yang sesuai
untuk dilakukan. Raja Perempuan itu tetap berprasangka bahawa seseorang raja
itu apabila memasuki sesebuah negeri pada kebiasaannya akan pasti melalukan
kerosakan dan menzalimi penduduknya. Pembesar-pembesar Kerajaan Saba berbangga dengan kekuatan dan
keberanian mereka untuk berperang. Namun Ratu Balkis mengambil keputusan yang
lebih bersifat diplomasi dengan hasrat mengirimkan hadiah kepada Nabi Sulaiman
dan sedia menunggu apakah balasan yang akan di bawa balik oleh utusan-utusan
mereka selepas itu.
Sekian
terima kasih, Was’salaam!
No comments:
Post a Comment