Wednesday, March 21, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 63 - SOLAT MENCEGAH KEMUNGKARAN

 MENDIRIKAN SOLAT DENGAN TEKUN

Allah Taala berfirman dengan maksudnya:

Bacalah dan ikutilah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (AL-'Ankabut: 43)

Dalam ayat ini Allah swt memerintahkan;

1.Nabi saw. membaca dan mengikuti apa yang diwahyukan kepadanya dari Al-Quran. Allah memerintahkan supaya mendirikan solat dengan tekun.

2. Allah mengingatkan bahawa sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.

3. Seterusnya ditegaskan bahawa sesugguhnya mengingati Allah adalah lebih besar faedah dan kesannya kepada manusia.

4. Juga diingatkan bahawa Allah mengetahui apa yang manusia kerjakan atau lakukan.

Sekian, Was'salam!



1 comment:

  1. Untuk merealisasikan ayat 45 surah al-Ankabut, kita perlu membuat analisis terhadap niat, bacaan-bacaan dan perlakuan-perlakuan dalam ibadah sembahyang. Jika tidak kita tidak nampak perkaitan kemungkaran dengan ibadah sembahyang. Jadi rukun qalbi, rukun qauli dan rukun feeli dalam sembahyang itu harus difahami falsafahnya. Saya ada menurunkan hasil penyelidikan/analisis tentangnya. Cuba lihat di http://sembahyangditolak.blogspot.com Saya amat berbesar hati sekiranya tuan/puan pembaca dan admin blog ini jika dapat memberikan sedikit respond atau komen bagi membaiki dan menambah lagi catatan di mana-mana perlu. Terima kasih.

    ReplyDelete