Sunday, June 16, 2013

KAYA


KAYA
Ramai orang suka
bergelar orang kaya
mahu  iadi kaya raya
kaya harta siang malam orang bicara
kaya wang tak sayang nak buang belanja
kaya kedudukan gelaran berjela
kaya minda fikiran gagah perkasa
kaya ilmu ramai murid di tiap penjuru
kaya kekasih naik biul bila nak pilih
kaya isteri kuat kerja senyum sendiri
kaya anak ramai yang tak nak
kaya kerabat sesekali tampak hebat
kaya kawan gembira ketawa siulan
kaya hati buat baik tiada henti
kaya budi tabur bakti tak mahu henti
kaya jiwa mudah tersentuh rasa
kaya semangat azam kuat berkobar
kaya pahala tak bimbang gusar hadapi mati
kaya dosa sesal diri sepanjang masa
kaya di sini mudah berusaha mencari
kaya di sana belum pasti diperolehi
bukanlah mudah nak jadi kaya!

Kelana Putra
Kuala Paka
26 September 2012.

 

No comments:

Post a Comment