Wednesday, June 26, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 318

MANUSIA MENDAPAT BALASAN ALLAH
Firman Allah Taala dalam Surah Ali-Imran ayat 145 dan 146 adalah bermaksud seperti berikut:
(145) Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.

(146) Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.
145. And no person can ever die except by Allah's Leave and at an appointed term. And whoever desires a reward in (this) world, We shall give him of it; and whoever desires a reward in the Hereafter, We shall give him thereof. And We shall reward the grateful.
146. And many a Prophet (i.e. many from amongst the Prophets) fought (in Allah's Cause) and along with him (fought) large bands of religious learned men. But they never lost heart for that which did befall them in Allah's Way, nor did they weaken nor degrade themselves. And Allah loves As-Sabirin (the patient ones, etc.).
RENUNGAN
1.Tiap-tiap makhluk yang bernyawa (manusia dan lain-lainnya) tidak akan mati melainkan dengan izin Allah. Maknanya tempuh usia dan ajal maut atau kematian itu terletak pada kekuasaan Allah dan saat ketibaan ajal atau kematian seseorang itu telah Allah tetapkan.
2. Dengan yang demikian itu, Allah memperingatkan bahawa sesiapa yang menghendaki balasan dunia Allah akan memberi bahagiannya dari balasan dunia itu. Dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, Allah akan memberi bahagiannya dari balasan akhirat.
3. Manusia diperingatkab bahawa Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. Dalam kehidupan dunia ini manusia dikurnai dengan pelbagai limpah nikmat dan rahmat oleh Allah SWT. yang tidak terhitung banyaknya dan tak ternilai harganya seperti nikmat iman, nikmat Islam, kesihatan, rezeki, harta kekayaan, isteri, anak pinak dan lain-lain. Apakah dengan semua ini seseorang itu lupa diri dan jauh dari Allah atau sebaliknya bersyukur dan mendekatkan diri kepadaNya?
4. Semenjak zaman dahulu lagi ramai para Nabi (dan Rasul) telah berperang fisabilillah bersama-sama dengan orang-orang yang taat kepada Allah. Mereka menghadapi perjuangan ini dengan gigih, tidak lemah semangat,t idak lemah tenaga atau kekuatan jasmani dan tidak mahu tunduk kepada musuh (orang-orang kafir). Mereka semua ini adalah tergolong dalam orang-orang yang sabar.
5. Dan ingatlah bahawa Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar (As-Sabirin).
Sekian terima kasih, Was’salaam!
 
 

No comments:

Post a Comment