HAI ANAK ADAM
Ada keterangan bahawa BUMI ini setiap hari berseru sampai
lima kali.
1. Hai Anak Adam! Anda
berjalan di atas bahuku dan anda akan kembalimu di dalam perutku.
2. Hai Anak Adam! Anda makan
pelbagai macam di atas punggungku dan anda akan di makan ulat di dalam perutku.
3. Hai Anak Adam! Anda ketawa di atas punggungku, dan anda akan
menangis di dalam perutku.
4. Hai Anak Adam! Anda
bergembira di atas punggungku dan anda akan berduka di dalam perutku.
5. Hai anak Adam! Anda
berbuat dosa di atas punggungku, maka anda akan diseksa di dalam perutku.
No comments:
Post a Comment