Friday, June 28, 2013

Sebuah Memori

ANGIN BUKIT BESI
 
Bukit Besi
kau bawa seribu cerita manusia
bukit belantaramu cukup kaya
damai hijau dingin segar
senyum gelak tawa
cari rezeki bina penghidupan
pekan pelbagai bangsa
cukup aman dan moden

Inggeris, Melayu, Cina dan India
ada tuan, mandor dan kuli
bersama  deruan keretapi dan wagon
ulang alik setiap hari
di atas trek landasanmu
Bukit Besi – Luit- Kg. Pinang – Kumpal via
Keumudi-Padang  Pulut- Serdang-Binjai via
Che Lijah – Nibong-Sura Gate-Sura Jetty
menghadap Laut Cina Selatan

Bukit Besi
kini cuma tinggal saki baki
tiada lagi dentuman letupan
lokomotif, siren dan wagonmu
sudah hilang – sunyi sepi
hanya tinggal sebuah memori- nostalgia
bersama dingin malammu
yang mengigit menusuk
jiwa raga gelora
remajaku.

Kelana Putra
Nostalgia Remaja 1960-an
Bukit Besi, Dungun
Rabu 2.1.2013
19 Safar 1434.

 

 

No comments:

Post a Comment