Thursday, June 20, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 315

HARI JERITAN YANG DAHSYAT
 
33. Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat. 34. Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya. 35. Dan ibunya serta bapanya, 36. Dan isteri serta anak-anaknya, 37. Kerana tiap-tiap seorang  dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.  38. Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri, 39. Tertawa dan bersuka ria. 40. Dan muka (yang-orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu. 41. Ditutupi oleh warna hitam legam dan gelap gelita-42. Mereka itu ialah orang-oang yang kafir, yang derhaka. (‘ABASA; 33-42)

No comments:

Post a Comment