Sunday, June 23, 2013

VISI CINTA AGUNG


Visi Cinta Agung

Sumpah setia cinta agung
dari Dia, kerana Dia, untuk Dia
cermin hati tenang jiwa
satu makna sejuta harapan

Berbunga berputik di celah kemelut dunia
gunung iman bertunjang memasak bumi
cahaya ilmu menyilau siang menerangi malam
sungai amal menyusur ke lautan ihsan

Anugerah kepada para ambia’ dan wali
belaian asmara, rindu dendam, mabuk cinta
serah diri tiada berpaling kepada dunia
siang malam merindui kekasihNya

Berkorban jiwa, harta dan apa sahaja
mata hati menyelami hakikat dan makrifat
mekar mewangi tersohor dalam mahligai syurga
sabar setia cinta pada Yang Maha Esa

Kelana Putra
TAMAN PERMATA
KUALA LUMPUR 8 Julai 2010.

 

No comments:

Post a Comment